Saturday, May 10, 2014

ELCB - Pastikan Ia Berfungsi

E.L.C.B – Pastikan Ia Berfungsi

Apa Itu E.L.C.B.??


E.L.C.B adalah singkatan dari pada Earth Leakage Circuit Breaker..nama melayu dia Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK)..ELCB berfungsi untuk melindungi pengguna dari terkena renjatan elektrik. Di setiap rumah yang ada bekalan elektrik mesti ada benda ni...tapi adakah ia berfungsi seperti sepatutnya?.. 

So macam mana cara test alat ni berfungsi atau tidak? Caranya senang saja...cuma tekan punat (button) test pada ELCB. Bila tekan button ni, bekalan elektrik akan terputus..kalau bekalan elektrik tidak terputus bermakna benda ni tidak berfungsi..jadi panggil la juruletrik yang bertauliah untuk periksa atau tukar ELCB tu..
Apabila anda tekan punat test,bekalan elektrik akan terputus dan suis ELCB (warna biru) akan berubah kedudukannya..iaitu turun kebawah..untuk hidupkan semula..naikkan semula Suis ELCB seperti sebelum anda tekan..JANGAN TAKUT SEBAB BENDA TU Tidak akan MELETUP..hehehe

di ELCB tu pun ada tulis PUSH MONTHLY...bermakna mesti periksa setiap bulan..nampak macam remeh tapi benda ni boleh selamatkan anda dan keluarga dari terkena karan yang mungkin boleh membawa maut...

No comments:

Post a Comment